Sunday, February 1, 2015

Program Guru Penyayang & Budaya 5S SMKAM


24 JANUARI 2015 - Pelancaran Program Guru Penyayang dan Budaya 5S SMKAM telah diadakan di dewan Al Ghazali, SMKAM. Antara objektifnya ialah menjiwai budaya penyayang sebagai amalan dalam kalangan guru. Menghayati budaya 5S iaitu senyum, salam, sayang, sopan, dan syukur dalam kalangan guru, murid dan semua warga sekolah.



Majlis perasmian telah disempurnakan 
oleh Pengetua SMKAM, Pn. Hjh. Wan Mahiran bt Salleh


Majlis yang bermula jam 7.30 pagi hingga 8.20 pagi ini dipenuhi dengan aturcara seperti nyanyian lagu Negaraku & Selamat Sultan, taklimat sekolah penyayang dan Budaya 5S dan diakhiri dengan gimik pelancaran.

Antara cadangan aktiviti untuk Program Penyayang sepanjang 2015 ini ialah Program Guru Sambut Pelajar, Hargai Pelajar, Mentor Mentee, Amalan Penyayang dalam kalangan warga SMKAM, dan Amalan dan Budaya 5S dalam setiap aktiviti sekolah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...