Friday, December 24, 2010

Thursday, December 23, 2010

PMR 2010: 76 Calon 9A

Syabas dan tahniah kepada calon-calon PMR 2010 SMKA Melor yang telah mencapai kejayaan gemilang dalam PMR 2010.Pada tahun ini SMKA Melor mencatat kelulusan 100 peratus bagi semua subjek dengan GPS 1.15,menduduki tempat kedua dalam PPD Kota Bharu.

Sejumlah 76 orang calon telah mendapat keputusan 9A,jumlah tertinggi yang pernah dicapai oleh calon PMR SMKA Melor.Daripada 132 orang calon,keputusannya seperti berikut;

9A - 76 orang
8A - 21 orang
7A - 7 orang
6A - 10 orang
5A - 9 orang
4A - 7 orang
3A - 1 orang
2A - 1 orang

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua calon,para pentadbir,guru-guru,ibu bapa dan semua yang telah bertungkus-lumus sehingga mendapat keputusan yang gemilang ini.Syabas SMKA Melor.

Tuesday, November 30, 2010

BM Kertas 2 tak perlu diduduki semula: KP

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 November lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.

"Saya ingin menegaskan di sini supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.

Abd Ghafar berkata sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 November lalu dan berakhir pada 20 Disember depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520. - BERNAMA

Berita Harian Online 30/11/10

Tuesday, November 23, 2010

SPM 2010


Selamat menduduki
Peperiksaan SPM 2010
kepada
semua calon SPM 2010
Sek. Men. Keb. Agama Melor
23 Nov. 2010 hingga 16 Dis. 2010




Sunday, November 14, 2010

Maahad El Ihya' El Karim (Melaka) ke SMKAM


Kami warga SMKA Melor
mengucapkan
Selamat Datang
Maahad El Ihya' El Karim (MELAKA)
ke
SMKA Melor

Sunday, November 7, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Kepada semua pelajar

tingkatan 1,2 dan 4

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun 2010

Semoga kejayaan menjadi milik anda

"usaha tangga kejayaan"

Tuesday, October 19, 2010

Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS 2010

Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS 2010

Tarikh: 18 Oktober 2010 (Isnin)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Pusat sumber SMKAM

Program Kecemerlangan Skor A Fizik 2010

Program Kecemerlangan Skor A Fizik

Tanjung Chap Beach Resort

9.00 pagi hingga 5.00 petang

16 Oktober 2010 (Sabtu)


Nahwal Imtiaz SPM 2010


Nahwal Imtiaz SPM 2010 (Bahasa Arab Tinggi)

Anjuran: SPI JPN Kelantan

Masa: 9.00 pagi hingga 5.30 petang

Tempat: Dewan Al-Ghazali SMKAM



Majlis Ikatan Kasih dan Harapan Pelajar SPM 2010

Majlis Ikatan Kasih dan Harapan Pelajar SPM 2010

Tarikh: 17 Oktober 2010 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Al-Ghazali SMKAM


Membentangkan pencapaian semasa dan perkembangan kemajuan akademik pelajar

Mewujudkan kerjasama rapat antara guru,ibu bapa dan pelajar demi kecemerlangan SPM 2010

Saturday, October 16, 2010

Monday, October 11, 2010

Penyampaian hadiah Kuiz Sains Kelantan di UMK

Pasukan dari SMKA Melor telah mendapat tempat ke 3
dalam pertandingan Kuiz sains negeri Kelantan di UMK

Thursday, October 7, 2010

PMR 2010 @ SMKAM


Seluruh warga SMKAM mengucapkan


Selamat menduduki peperiksaan
PMR 2010
5 hingga 12 Oktober 2010

kepada semua calon PMR 2010

Semoga mendapat kejayaan cemerlang

9A

Majlis Restu Ilmu PMR 2010

Tarikh: 4 Oktober 2010

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Al-Ghazali,SMKAM





Solat Hajat PMR 2010


Tarikh: 3 Oktober 2010

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dataran Ilmu,SMKAM





Sunday, October 3, 2010

No 3:Kuiz Sains Kelantan di UMK

SMKAM yang diwakili oleh Ilman,Ruzaiman,Aiman Ariffin dan Aiman Kamal telah berjaya meraih tempat ke 3 dalam pertandingan Kuiz Sains Kelantan,anjuran Universiti Malaysia Kelantan.Pertandingan yang diadakan di UMK pada 2 Oktober 2010(Sabtu) ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.Turut disertai oleh 23 buah sekolah menengah seluruh Kelantan.Kuiz ini berdasarkan mata pelajaran Biologi,Kimia,Fizik dan Matematik.

Saturday, October 2, 2010

Aidilfitri 2010 @ SMKAM

Majlis sambutan Aidilfitri 2010 peringkat SMKAM telah diadakan pada 26 September 2010. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi ini berlangsung di dewan Al-Ghazali.

SEGAK...Barisan pentadbir SMKAM

Sebahagian daripada pelajar dalam majlis tersebut



Pelbagai juadah disediakan,termasuklah yang dibawa sendiri oleh pelajar bagi memeriahkan lagi majlis.


Memotong kek...simbolik perasmian majlis sambutan Aidilfitri 2010

Tuan pengetua dan PKP


Pelbagai gelagat guru dan pelajar menyerikan lagi majlis

Selamat Hari Raya Aidilfutri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...