Sunday, April 24, 2011

Rundingcara SPM 2011


Majlis Rundingcara Ibubapa,Pelajar dan Guru
SPM Tahun 2011

Tarikh: 19 April 2011
Masa:11 pagi
Tempat: Dewan Al Ghazali


Perasmian Oleh Tuan Pengetua,
Tn Hj Ahmad b Sulaiman

Tuesday, April 19, 2011

Monday, April 18, 2011

Cegah murid gemuk

Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan

SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, larangan itu diputuskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan.

Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti serta diabetes.

“Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-5 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Safurah Jaafar.

Liow berkata, pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran termasuk guru akan memantau penjualan makanan di kantin dan penjaja di luar sekolah.

Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau ketumbuhan anak-anak mereka.

“Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar,” katanya.

Mengenai jangkitan Adenovirus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak dan Port Dickson, Liow berkata, daripada 84 pelatih yang dijangkiti virus itu hanya 23 orang masih menerima rawatan.

“Daripada jumlah itu, lima dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), termasuk seorang pelatih Pulapol yang disahkan mengalami gejala penyakit menyamai Influenza (ILI). Bagaimanapun keadaan mereka stabil,” katanya.

sumber:Berita Harian Online 18/4/2011

Sunday, April 17, 2011

Pertandingan Merekabentuk Kapal Angkasa Kebangsaan 2011:Tahniah SMKAM

TAHNIAH kepada pasukan SMK Agama Melor kerana tersenarai dalam sepuluh buah sekolah dari seluruh negara yang berjaya ke peringkat kedua dalam pertandingan merekebentuk Kapal Angkasa Kebangsaan 2011.

SMKA Melor turut terpilih daripada 66 penyertaan seluruh negara.Pemenang bagi pertandingan ini nanti akan berpeluang menyertai kem angkasa di Eropah.Semoga berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...