24 FEBRUARI 2015 - Satu sesi motivasi untuk pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 telah diadakan di dewan Al Ghazali, SMKAM. Motivasi ini dikendalikan oleh motivator terkenal iaitu Encik Mohd Najib b Badruddin, A.S.K, S.M.K, A.M.P, Motivator D'Raja Kelantan. Sesi motivasi anjuran unit kecemerlangan akademik dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling ini bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5 petang berlangsung dengan penuh bersemangat. Para pelajar didedahkan dengan tips-tips peningkatan akademik ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan.
Semoga sesi motivasi ini memberi inspirasi kepada semua pelajar
dalam menempuh pembelajaran dan peperiksaan.
No comments:
Post a Comment