Sunday, February 28, 2010

Thursday, February 25, 2010

Maulidurrasul & Kenduri Kesyukuran

Majlis Sambutan Maulidurrasul &
Kenduri Kesyukuran

Tarikh: 6 Mac 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 1 petang

Bengkel MBMM

BENGKEL MENGGAPAI BINTANG MERAIH MERCU (BMBMM)

Kelolaan: Medical Student Facilitator Team(MSFT),
PSP USM kubang Kerian & PPD Kota Bharu

Tarikh: 26 hingga 27 Februari 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Asrama SMKA Melor

Monday, February 22, 2010

Pelajar diwajib bersukan 2011

Oleh Abdul Razak Raaff, Rosli Abdul Jalil dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my
Pembabitan diberi kredit, lahirkan ramai atlit berpotensi: Muhyiddin
BANDAR JENGKA: Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai sekurang-kurangnya satu acara sukan mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Perdana Menteri berkata, pembabitan mereka dalam kegiatan sukan itu akan diambil kira, termasuk diberi kredit atau markah.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan untuk menerapkan nilai sukan di sekolah, sekali gus mengembalikan kecemerlangan sukan dan melahirkan lebih ramai bakal atlit sukan negara.Kita akan menubuhkan satu jawatankuasa sementara bagi memperincikan perkara ini, termasuk pemberian pemarkahan dan kredit kepada pelajar yang cergas dalam sukan.

Kalau pelajar cergas dan aktif dalam sukan dia ada markah dan kredit... kalau tidak nanti ibu bapa bertanya nak buat apa sukan baik pergi kelas tuisyen sebab nak dapat A (dalam peperiksaan). Jadi sukan tidak penting dan ini bagi saya satu pendekatan yang kurang tepat dan perlu diperbetulkan,katanya pada sidang media selepas menutup rasmi Konvensyen Umno Pahang 2010 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Adnan Yaakob.

Kelmarin, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan menggariskan lima unsur penting bagi mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah, termasuk mengarahkan Bahagian Seni, Kokurikulum dan Sukan di kementeriannya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.Katanya, kurikulum berhubung sukan juga perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar, menambah bilangan guru terlatih dalam bidang sukan serta memperbanyakkan kemudahan infrastruktur sukan di sekolah.

Mengulas lanjut, beliau berkata aktiviti sukan di sekolah juga akan dikaji supaya ia tidak semata-mata diadakan dalam tempoh dua tiga bulan pertama sesi persekolahan sebaliknya sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan.Aktiviti sukan sebelum ini kurang diberi perhatian sewajarnya sedangkan untuk membangunkan atlit kebangsaan bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai universiti dan biasanya kemudian barulah kita ambil bakal atlit negara,katanya.

Di KUALA LUMPUR, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, meminta kementerian mendapatkan pandangan pakar Majlis Sukan Negara (MSN), bekas jurulatih atau atlit kebangsaan dan guru sukan bagi merombak semula kurikulum sukan sekolah rendah dan menengah.Beliau berkata pengetahuan dan kepakaran golongan ini dalam bidang kesukanan perlu diambil kira jika kementerian serius hendak mengembalikan kegemilangan sukan di peringkat sekolah.

Kementerian perlu panggil golongan ini kerana mereka adalah kumpulan pakar yang sesuai untuk merangka dan merombak semula kurikulum sukan sekolah kerana mereka mempunyai ilmu, pengetahuan serta pengalaman dalam bidang kesukanan,katanya.

Sumber:Berita Harian 22 Februari 2010

Sunday, February 21, 2010

SMKAM vs SMK Zainab 1

Aksi-aksi hebat kedua-dua pasukan
Meriah betul perlawanan ini
Pasukan Bola sepak dan Bola jaring SMKAM dan SMK Zainab 1
Perlawanan persahabatan,guru-guru SMKAM dan SMK Zainab 1

Tarikh: 9 Februari 2010
Hari: Selasa
Masa: 5.00 petang
Tempat:Padang SMKA Melor
Keputusan:Bola Sepak SMKAM (3) SMKZ 1 (3),Bola Jaring(seri)

Wednesday, February 10, 2010

Senamrobik & Merentas Desa

Senamrobik & Latihan Merentas Desa
Tarikh: 6 Januari 2010 (Sabtu)
Masa: 8 pagi
Tempat: Dewan Al-Ghazali,padang SMKAM,sekitar Padang Raja
Sasaran: Guru,Staf & semua pelajar


Monday, February 8, 2010

Perlawanan Bola Sepak antara Guru

Perlawanan Bola Sepak antara Guru
Pasukan: SMKA Melor vs SMK Zainab 1
Tarikh: 9 Februari 2010 (Selasa)
Masa: 5 petang
Tempat: Padang SMKA Melor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...