Monday, August 30, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

SMKAM 30 Ogos 2010:Majlis Khatam Al-Quran dan Bingkisan 'Idilfitri 2010 telah berlangsung di dewan Al-Ghazali.Majlis yang bermula jam 11 pagi ini antara objektifnya ialah untuk meningkatkan amalan dalam pembacaan Al-Quran dan menyuburkan rasa cinta kepada Al-Quran.

Selain menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T,majlis ini juga bertujuan untuk mewujudkan ukhwah antara warga SMKAM.

Majlis ini melibatkan semua guru dan pelajar SMKAM

Pelajar sedang tekun membaca surah-surah yang telah ditetapkan mengikut tingkatan.

Amalan ini diharapkan dapat mendekatkan pelajar,seluruh warga sekolah kepada Allah

Semua guru dan pelajar mengambil bahagian dalam majlis khatam Al-Quran

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian zakat dan bingkisan 'idilfitri kepada pelajar

Terima kasih kepada semua penyumbang zakat dan bingkisan 'Idilfitri

Tuan pengetua sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.Majlis diakhiri dengan solat Zohor berjemaah pada jam 1.30 petang.

Sunday, August 29, 2010

Tadarus Al-Quran

Tadarus Al-Quran merupakan program
yang dilaksanakan setiap pagi sepanjang Ramadan.
Program ini bermula 7.25 pagi hingga 7.40 pagi
dengan pengisian tadarus dan tafsir Al-Quran oleh ustaz SMKAM

Tadarus Al-Quran ini melibatkan semua guru dan pelajar SMKAM.

Semoga aktiviti sebegini mencapai objektifnya iaitu mewujudkan suasana keakraban,kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaei serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi.

Peperiksaan Percubaan SPM

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM
kepada semua calon SPM 2010 SMKAM

*
*
*
*
*
*

Peperiksaan Percubaan SPM bermula
15 Ogos 2010 hingga 30 Ogos 2010
*
*
*
*
*
*

Semoga semua calon menjawab dengan baik
dan mendapat keputusan cemerlang

Tuesday, August 24, 2010

Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Majlis bacaan Yassin dan solat hajat merupakan aktiviti mingguan di SMK Agama Melor. Dijalankan setiap Rabu bermula jam 7.40 hingga 8.20 pagi,melibatkan
semua guru dan pelajar SMKAM

Ustaz Aziz mengetuai solat hajat yang diadakan di dataran perhimpunan sekolah.

Sempena Ramadan Al-Mubarak,selain bacaan Yassin dan solat hajat,majlis juga diisi dengan tafsir Al-Quran.Program tafsir Al-Quran dilaksanakan setiap hari sepanjang
Ramadan bermula 7.30 hingga 7.45 pagi.

Pelajar khusyuk berdoa

Pelajar bersama-sama menghayati bacaan Al-Quran

Semoga aktiviti seumpama ini memberikan impak yang positif
dalam pembentukan sahsiah pelajar

Wednesday, August 11, 2010

Pelancaran Program Ihya' Ramadhan

Pelancaran Program Ihya' Ramadhan peringkat SMKAM
telah diadakan di dewan Al-Ghazali,SMKAM pada 8 Ogos 2010.
Tema:
Membentuk Kecemerlangan Peribadi Melalui
Madrasah Ramadhan

Pelancaran program telah disempurnakan oleh tuan pengetua SMKAM

Ceramah di Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Luqman b Yusof

Khusyuk...pelajar sedang mendengar ceramah Di Ambang Ramadhan

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang bulan Ramadhan

Saturday, August 7, 2010

Gotong -royong amalan mulia

SMKA Melor:7 Ogos 2010 (Sabtu).Satu gotong-royong perdana telah diadakan di SMKAM. Gotong royong yang melibatkan semua pelajar,kecuali tingkatan lima ini bermula jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Selain untuk mewujudkan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah,aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama pelajar dan warga guru SMKAM.Diharapkan gotong-royong sebegini dapat meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.

Aktiviti gotong-royong kali ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan,
mengikut rumah sukan masing-masing.

Walaupun penat, jelas terpancar kegembiraan pada wajah para pelajar yang terlibat

Berehat sambil bergambar setelah penat bergotong-royong...

Guru-guru pun melepaskan penat masing-masing dengan berehat seketika

Jom minum dulu.

Sunday, August 1, 2010

SMKAM Naib Johan POSDIR 2010

Pasukan Kadet Briged Bakti Remaja SMKAM telah berjaya mendapat tempat
Naib Johan dalam pertandingan sebagaimana berikut;

Pertandingan:
Pengurusan Orang Sakit di Rumah(POSDIR)
(Kategori Lelaki) Pasukan Briged Bakti Remaja, peringkat negeri Kelantan.
Tarikh:
31 Julai 2010 (Sabtu)
Tempat:
Kampus Kesihatan,Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian.

TAHNIAH.....Tiga orang wakil pasukan Kadet Briged Bakti Remaja SMKAM
yang mengambil bahagian dalam pertandingan
Pengurusan Orang Sakit di Rumah (POSDIR) ialah
dari kiri;
Ibrahim b Sauti,Yusrie Syazwan b Kiraman dan Muhd Fuaz b Hasran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...