Monday, January 31, 2011

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2011


Tarikh: 23 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Dewan Al Ghazali SMKAM
Perasmian oleh:
Ustaz Rasidi B Yasin
Pen. Pengarah Ketua Unit Pengurusan Dakwah SPI Kelantan

Penyampaian sijil pelantikan kepada pengawas,pengawas Pusat Sumber,
PRS dan Ketua Tingkatan

Persembahan Dikir barat oleh kumpulan Gema Raudhah SMKAM

Pengawas SMKAM 2011


Majlis Aku Janji Pelajar SPM 2011


Tarikh: 16 Januari 2011 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Dewan Al Ghazali




Pelajar berikrar dan berjanji di hadapan guru untuk belajar bersungguh-sungguh
sehingga mencapai kejayaan.

Thursday, January 20, 2011

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan PMR 2010


Objektif;

Bersyukur dan meraikan kecemerlangan pelajar PMR 2010

Meningkatkan ukhwah antara warga sekolah dan komitmen ibu bapa

Mewujudkan budaya kecemerlangan.

Majlis Persaraan Tuan Pengetua

Majlis Jasamu dikenang
sempena persaraan tuan pengetua
Tn. Hj. Ramli b. Awang

Tarikh: 13 Januari 2011
Hari: Khamis
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dewan Al Ghazali

Tuan Pengetua bersama sebahagian staf smkam

Penyampaian cenderahati kenangan


Majlis di dewan Al Ghazali

Persembahan nasyid Shoutul Haq

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan


Selamat bersara!

Wednesday, January 19, 2011

Jenazah Pelajar Selamat Dikebumikan


Kaherah,18 Jan : Jenazah Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim pelajar akhawat yang meninggal dunia akibat keracunan gas telah selamat dikebumikan di Hayyu Asyir,Kaherah.

Jenazah telah dibawa ke Kaherah dari Iskandariah pada pukul 3.45 petang selepas selesai urusan solat jenazah yang dilakukan di Asrama MARA,Iskandariah. Turut mengiringi jenazah ke Kaherah ialah Pengarah MARA Timur Tengah Ustaz Isahak bin Othman,barisan pimpinan AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah serta sebuah bas yang membawa kira-kira 50 orang pelajar Iskandariah.

Setibanya di Kaherah pada pukul 8.50 malam jenazah telah disambut oleh warga Kaherah dan kemudiannya terus dibawa ke Perkuburan Keledang milik Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang terletak di Hayyu Asyir. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya telah selamat dikebumikan pada jam 9.20 malam waktu tempatan.

Turut hadir ketika majlis pengebumian berlangsung ialah Encik Shaiful Anuar bin Mohamad wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Presiden PERUBATAN saudara Muhammad Husaini bin Salleh, Presiden PMRAM Ustaz Shahrizan, Ustaz Tarmizi YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) serta ratusan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

Kita doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan para solihin.

Berita penuh mengenai kejadian yang berlaku boleh dilihat di sini. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas segala bantuan yang telah diberikan dari awal hingga akhir-mediaPERUBATAN


sumber:Perubatan cawangan Iskandariah

Monday, January 17, 2011

Bekas Pelajar SMKAM Meninggal dunia di Iskandariah

Takziah buat Ustaz Ab Alim (PK HEM SMKAM) sekeluarga

atas pemergian buat selamanya, anakandanya Nurul Iman bt Ab Alim.

Kami warga SMKAM mendoakan semoga arwah

ditempatkan bersama para solihin. Al-fatihah.



Berita yang dipetik dari
Perubatan cawangan Iskandariah


Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.

Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.

Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.

Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.

Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (solat jenazah tidak dapat dijalankan lagi kerana jenazah masih ditahan untuk autopsy).

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

Makluman untuk semua pelajar tahun 3 IUMP, berikutan kejadian yang berlaku, exam pathology esok (18/1/2011) akan ditangguhkan daripada pukul 9pagi ke 12tengahhari.

Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa – mediaPERUBATAN





Thursday, January 13, 2011

Selamat Bersara Tuan Pengetua SMKAM



Kami warga SMKAM mengucapkan

"Selamat Bersara"

kepada

Tuan Haji Ramli bin Awang
Pengetua SMKAM

pada

13 Januari 2011
8 Safar 1432 H

Budi dan jasa Tuan sentiasa dalam Kenangan.

Wednesday, January 12, 2011

Bulan Penghayatan Disiplin dan Budaya SMKAM


Pelancaran Bulan Penghayatan Disiplin dan Budaya
SMKA Melor 2011

Tarikh:9 Januari 2011
Dewan Al Ghazali

Disiplin Mantap,Sahsiah Unggul


Bertujuan untukmendedahkan kepada pelajar peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
serta budaya di sekolah.Seterusnya meningkatkan sahsiah sejajar untuk melahirkan
pelajar yang terbilang.



Tuesday, January 11, 2011

1 Melorian


Selamat Tahun Baru 2011
Selamat kembali ke SMKA Melor
dan Selamat datang kepada pelajar tingkatan 1 2011.

Memperkenalkan;

1 Melorian

ke arah;

Keunggulan pelajar dari segi akademik,sahsiah dan kokurikulum.

Memastikan SMKAM sentiasa terbilang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...