Wednesday, February 11, 2015

Gahnya Khemah Kami


11 FEBRUARI 2015 - Perjumpaan kedua bagi badan beruniform telah diadakan bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Semua pelajar berkumpul di Dataran Ilmu untuk menanda kehadiran, sebelum bergerak ke unit masing-masing. Badan beruniform seperti Pengakap, KRS, Puteri Islam, PBSM dan Bomba melaksanakan aktiviti berpusat iaitu memasang dan mengemas khemah dengan tema Gahnya Khemah Kami.

Tujuan aktiviti ini ialah untuk memastikan semua ahli mahir dalam aspek peralatan untuk khemah, memasang khemah, dan akhirnya mengemas kembali khemah yang dipasang. Selain itu aktiviti ini dapat menggalakkan kerja berpasukan, dan semangat kerjasama antara ahli dalam unit masing-masing. Akhir sekali melatih pelajar berdisiplin dari sudut ketepatan waktu menyiapkan pemasangan khemah.

Galeri foto









Selamat maju jaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...