Thursday, July 29, 2010

Pulut Durian @ SMKAM

Hmm...sedapnya.Itulah pulut durian namanya.Kali ini warga pendidik dan staf SMKAM menjamu selera dengan menu pulut durian pula.

Jamuan pada 28 Julai ini diadakan di kafetaria SMKAM bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang.Guru-guru yang berkelapangan pada masa tersebut sama-sama memeriahkannya.

Alhamdulillah...dah kenyang.

Cikgu Shamsudin dengan penuh semangat sedang mengambil pulut durian.

Sebahagian daripada guru-guru perempuan sedang menikmati jamuan.

Dari kiri:Ustaz Ab Aziz,Ustaz Ahmed,En. Ismail,cikgu Zulhilmi,
cikgu Shamsudin dan Ustaz Zainudin.
Terima kasih kepada penaja majlis ini.

Wednesday, July 28, 2010

Makluman:Cuti Sempena Deepavali

Pemberitahuan cuti berganti dan cuti peristiwa sempena Deepavali

Tarikh Cuti............... Jenis Cuti.............. Tarikh Ganti
3.11.2010 (Rabu).......Cuti peristiwa........Tak perlu ganti
4.11.2010(Khamis)....Cuti berganti..........07.08.2010 (Sabtu)



Sekian harap maklum.

Program Kecemerlangan Nahwal Imtiaz

Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran negeri Kelantan telah meganjurkan Program Kecemerlangan Nahwal Imtiaz di SMKA Melor pada 22 hingga 24 Julai 2010.

Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik-teknik menjawab Bahasa Arab.Selain itu, menambah pengetahuan sedia ada melalui aktiviti pengayaan bahasa.

Pengisian program:slot motivasi,pendedahan format baru PMR & panduan menjawab soalan,bengkel dan pengayaan bahasa.

Kumpulan sasaran:Calon PMR SMKAM 2010

Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Kem Sehari PPIM

Pada 23 Julai 2010 (Jumaat),PPIM SMKA Melor telah mengadakan
Kem Sehari PPIM di SMKAM.

Kem sehari ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan kawat,simpulan/ikatan tali,pemakaian anduh,ceramah kesihatan,pertandingan memasak menggunakan kayu api dan explorace.

Saturday, July 24, 2010

Hari Bertemu Pelanggan

20 Julai 2010, Hari Bertemu Pelanggan di SMKAM.

Majlis yang bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang ini mengumpulkan semua calon PMR dan SPM 2010 bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Khusyuk mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua.

Tuan Pengetua sedang menjawab soalan daripada ibu bapa pelajar.

Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk bertemu guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.

Peluang sebegini diambil untuk membincangkan prestasi semasa anak-anak dalam pelajaran.

Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar,ibu bapa dan guru-guru ke arah pencapaian gemilang dalam PMR dan SPM 2010.

Sunday, July 18, 2010

Ceramah Motivasi PMR & SPM

18 Julai 2010,Dewan AlGhazali,7.40 pagi. Ceramah motivasi oleh
En Mohd Zain b Yasim,Pengerusi PIBG SMKAM

Sasaran: Calon-calon PMR dan SPM 2010 SMKA Melor

Taklimat Program Pelalian HPV

15 Julai 2010.Pusat Kesihatan Ketereh dengan kerjasama unit kesihatan sekolah SMKA Melor telah mengadakan taklimat Program Pelalian Human Papilloma Virus (HPV).Taklimat yang bermula jam 2.00 hingga 3.00 petang di dewan AlGhazali ini khususnya kepada ibu bapa/penjaga dan pelajar perempuan tingkatan 1.

Pelalian ini bertujuan untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV

Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan.

Maklumat tambahan berkaitan HPV sila layari www.myhealth.gov.my

Thursday, July 15, 2010

Makluman:Hari Bersama Pelanggan SMKAM

Kepada semua ibu bapa/penjaga pelajar PMR & SPM 2010 SMKAM;
Tuan/puan dijemput hadir ke SMKA Melor untuk Program Hari Bersama Pelanggan sebagaimana berikut;

Tarikh: 20 Julai 2010
Hari: Selasa
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Al Ghazali,SMKAM

Tentatif Program:
Ucapan Pengetua
Penyerahan slip peperiksaan Pertengahan Tahun
Bersama guru tingkatan dan guru mata pelajaran

Terima Kasih.

Wednesday, July 14, 2010

Kem Peningkatan KRS 2010

Kem Peningkatan Kadet Remaja Sekolah 2010
telah diadakan pada 9 Julai 2010
bertempat di sekitar SMKA Melor.

Program yang bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang diisi dengan aktiviti seperti
pembinaan gajet,orientaring,pemasangan khemah dan kawat kaki.

Tuesday, July 13, 2010

Kem Penghayatan Solat

Bertemakan Solat Tiang Agama,Jabatan Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR,pengurusan asrama dan unit Disiplin SMKAM telah menganjurkan Kem Penghayatan Solat 2010.

Kem yang berlangsung selama 2 hari ini(9 dan 10 Julai 2010) bertempat di dewan AlGhazali dan Musalla SMKAM.Antara objektifnya adalah untuk membantu pelajar memahami cara menunaikan solat yang betul dan sempurna.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah disiplin,slot srikandi,ceramah Kesempurnaan solat,praktikal solat,Qiamullail,ceramah solat berjemaah(Masbuk dan Muafiq),ceramah dan praktikal tentang wuduk

Penceramah terlibat ialah Hj Zawawi b Ghazali, Ust safuan b Mohd Yusof, Hjh Faridah Yusof, Ust Ahmed b Saarani dan Ust Zainuddin b Musa.

Sunday, July 11, 2010

Pelancaran Program SUMUR

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) 2010 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetua SMKAM, Tn Hj Ramli bin Awang pada 11 Julai 2010 (Ahad), bertempat di Dataran Ilmu jam 7.40 pagi.

Pn Hjh Naizan(GK PAI) selaku penyelaras program sedang memberikan taklimat program SUMUR kepada semua warga SMKAM

Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang Julai hingga Oktober 2010 bagi 2 program induk iaitu Mutadayyin (Solat,wirid,doa) dan Penampilan diri (pemakaian,adab sopan,kepimpinan).

Salah satu aktiviti di bawah program Penampilan diri ialah Pentas Generasi Unggul

Aktiviti Pentas Generasi Unggul telahpun dilaksanakan pada 5 dan 7 Julai 2010 dengan jayanya.Para peserta dari tingkatan 1 hingga 5 menunjukkan bakat masing-masing dalam pengucapan awam tersebut.

Pertandingan yang bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang ini untuk memilih pemenang bagi setiap tingkatan.Apa yang lebih penting,aktiviti sebegini diharapkan dapat melatih pelajar berkomunikasi dengan lebih baik dengan semua orang di samping memupuk keyakinan diri yang tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...