Sunday, February 15, 2015

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2015


15 FEBRUARI 2015 - Hari ini secara rasmi pemimpin pelajar SMKAM menerima watikah pelantikan masing-masing. Mereka terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber (PSS), pembimbing rakan sebaya (PRS), BADAR, Exco asrama, Ahli Lembaga Koperasi, Ketua dan penolong ketua tingkatan. Majlis perasmian pelantikan pemimpin pelajar 2015 ini disempurnakan oleh ASP Husin b Mohd Noor, manakala watikah pelantikan pula disampaikan oleh ASP Husin b Mohd Noor, Inspektor Khairul Izwan b Azman (IPK Kelantan) dan PK HEM SMKAM, En Mohd Zaidee b Che Mat.




Majlis bermula jam 8 pagi dengan pemeriksaan barisan pemimpin pelajar di foyer dewan Al Ghazali, SMKAM sejurus selepas sambutan ketibaan Tuan Inspektor diiringi paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Majlis diserikan lagi dengan nasyid al-Asma Husna, nyanyian Negaraku & Selamat Sultan, bacaan doa, ucapan dan tayangan multimedia.



Ucapan alua-aluan oleh pengetua, Pn Hjh Wan Mahiran bt Salleh



Ucaptama dan perasmian majlis penyampaian watikah pelantikan 
pemimpin pelajar 2015
oleh ASP Husin b Mohd Noor (IPK Kelantan)



Penyampaian watikah pelantikan oleh 
ASP Husin b Mohd Noor



Penyampaian watikan pelantikan oleh
Inspektor Khairul Izwan b Azman 



Penyampaian watikah pelantikan oleh
En Mohd Zaidee b Che Mat, PK HEM SMKAM



Bacaan ikrar oleh semua
pemimpin pelajar 2015, diketuai oleh Ahmad Syihan b Mohamed, 
Ketua Pelajar 2015



Penyampaian cenderahati kenang-kenangan



Selamat  menjalankan tugas!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...