Tuesday, May 18, 2010

16 Mei 2010 Hari Guru di SMKA Melor

25 setiap kelas

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru

KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan. Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.
“Berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.
“Bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya semalam.
Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.
Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.
Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.
Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.
Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.
Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’
Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.
“Ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah,” katanya.

Berita Harian 18 Mei 2010

Sunday, May 16, 2010

Ceramah H1N1 & Suntikan Pencegahan

Ceramah H1N1 & Suntikan pencegahan H1N1
Tarikh: 12 Mei 2010
Tempat: Dewan Al Ghazali SMKAM & Bilik Wawasan

Al Syeikh Al Tabib Taha b. Muhammad Al Jailani

Program Khas Motivasi Pelajar
SMKA negeri Kelantan
bersama Al Syeikh Al Tabib Taha b Muhammad Al Jailani
Tarikh: 11 Mei 2010
Tempat: Dewan Al Ghazali,SMKAM

Thursday, May 13, 2010

Selamat Datang Guru Praktikal 2010

Tempoh Latihan: 3 Mei 2010 hingga 24 Jun 2010

Selamat Datang kepada bakal-bakal guru yang menjalani praktikal dan
latihan mengajar di SMKA Melor bagi tahun 2010.

Tempoh latihan: 3 Mei 2010 hingga 8 Julai 2010

Wednesday, May 12, 2010

Kejohanan Taekwondo 2010

Kejohanan Taekwondo Jemputan Sekolah-sekolah Kelantan
Tarikh: 7 Mei 2010
Tempat: SM Chung Cheng,Kota Bharu

Tahniah kepada pasukan Taekwondo SMKAM
atas kemenangan berik
ut;

2 EMAS : Norfarah Ain Ibrahim,Nik Nadhirah Nik Aziz
2 PERAK: Aisyah Amira Mohd Sabudin,Ahmad Faris b Fakhrul Azman
3 GANGSA: Mohd Rais b Roslan,Arif Fadlan b Mohd Sapuan Gan,
Nik Afiqah Syamimi bt Nik Rosli

Monday, May 10, 2010

SIR State Challenge

Date: 8 May 2010 Venue: KB Mall,Kelantan
Ilman b Ziad, Md. Haikal b Zainudin, Alhakim b Md. Zulkiplee,
Hanis Syahirah bt Mohd Zulkefli


Though we had not won any great prizes, we r very elated
of participating especially our teachers,
Pn. Akimi & Pn. Salwani, KUDOS ! to us.

Persatuan Bahasa Melayu 2010

Aktiviti Mingguan Persatuan Bahasa Melayu
5 Mei 2010
4.00 hingga 6.00 ptg.

Sunday, May 9, 2010

Jamuan Kesyukuran Mei 2010

SMKAM 6 Mei 2010.Fenomena sebegini bukanlah perkara baru di SMKAM. jamuan kesyukuran dan 'pot luck' seringkali diadakan untuk menjamu seluruh warga pendidik dan staf SMKAM.Terima kasih kepada semua pihak yang menaja dan menjayakan jamuan ini.

Thursday, May 6, 2010

Pertandingan Memasak peringkat negeri Kelantan 2010

Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah
Peringkat negeri Kelantan
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
Tajaan Nestle Product Sdn Bhd

Tarikh: 4 Mei 2010 Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan AlGhazali SMKA Melor
Anjuran: Nestle & Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Kelantan

Perasmian penutup oleh:
Tn Hj Ismail b Abd. Wahab
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Kemanusiaan JPN Kelantan

Sekolah bertanding:
1.SMK Cabang Empat (Tumpat) 2.SMK Hamzah 2 (Machang)
3.SMK Kuala Balah (Jeli)
4.SMK Sultan Yahya Petra 1 (Kuala Krai)
5.SMK Beris Panchor (Bachok)
6.SMK Belimbing (Tanah Merah)
7. SMK Padang Pak Amat (Pasir Puteh)

8.SMK Kedai Buloh (Kota Bharu) 9.SMK Sultan Ibrahim 2 (Pasir Mas)
10.SMK Tengku Indera Petra 2 (Gua Musang)

Johan:SMK Padang Pak Amat (Pasir Puteh)
Kedua:SMK Kedai Buloh (Kota Bharu)
Ketiga:SMK Sultan Yahya Petra 1 (Kuala Krai)
Iron Chef Challenge:SMK Padang Pak Amat (Pasir Puteh)

Hari Keluarga 2010


Tuesday, May 4, 2010

Majlis Kesyukuran Rumah Shafie

Majlis Kesyukuran Rumah Shafie
Tarikh:3 Mei 2010
Tempat:Kafetaria SMKAM
Masa: 2.00 hingga 3.00 petang
Objektif:
Mengeratkan hubungan antara guru-guru dan pelajar
ahli rumah Shafie, serta menghargai sumbangan
dan komitmen ahli rumah Shafie dalam PESKOMS 2010

Wacana Kecemerlangan Pend. Islam & BAT

Majlis Wacana Kecemerlangan Pend. Islam & BAT
Bersama Pengarah Pelajaran Kelantan
Anjuran SPI JPN Kelantan
Tarikh:28 April 2010
Tempat:Dewan Al_Ghazali,SMKAM
Masa:8.00 pagi hingga 2.00 petang


Pertandingan Memasak 2010

Monday, May 3, 2010

Lawatan Mahabbah SMK Seri Aman

Program Lawatan Mahabbah SMK Seri Aman ke SMKAM
Tarikh: 29 April 2010
Masa: 9.00 pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...