Thursday, August 25, 2011

Majlis Khatam Al-Quran & Bingkisan Aidilfitri 2011


25 Oktober 2011,bertempat di dewan Al-Ghazali SMKAM telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Bingkisan Aidilfitri 2011.Antara objektifnya adalah untuk meningkatkan amalan dalam pembacaan Al-Quran dan menyuburkan rasa cinta kepada Al-Quran.


Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Shoutul Haq

Penyampaian zakat dan bingkisan Aidilfitri

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis penyampaian sumbangan kepada pekerja

Friday, June 24, 2011

Cemerlang SPM hanya dapat dermasiswa

KUALA LUMPUR 23 Jun – Mulai tahun depan, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya akan mendapat dermasiswa daripada kerajaan untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana dasar sedia ada yang memberi biasiswa kepada pelajar dengan hanya mengambil kira keputusan SPM mereka bukan lagi idea yang baik untuk diteruskan.

Menurut beliau, biasiswa hanya akan diberi kepada pelajar jika mereka mendapat tempat di universiti terkemuka yang akan disenarai oleh kerajaan kelak serta mencatat keputusan cemerlang secara konsisten.

“Hanya kerana anda memperoleh keputusan cemerlang di peringkat O Level tidak bermakna anda akan lulus cemerlang di peringkat A Level,” katanya ketika ke udara secara langsung dari konti Radio One FM di Sri Pentas hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, mulai tahun depan juga, polisi sedia ada dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang akan dikaji semula secara menyeluruh, namun beliau tidak menghuraikan mengenai perincian kajian semula itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini memberitahu, kajian semula itu turut membabitkan kuota.

Menurut Najib, buat masa ini kerajaan telah membuat ketetapan bahawa semua pelajar yang mendapat 8A+ layak menerima biasiswa JPA, tetapi tidak semua mereka akan dihantar ke universiti luar negara.

sumber:Utusan Online 24/6/2011

Wednesday, June 22, 2011

Mashanis Juara Pidato Diraja QIT Ketereh



Tahniah kepada

Mashanis Mohamed


kerana

menjadi JOHAN

Pertandingan Pidato Diraja

Peringkat QIT Ketereh

Warga SMKAM berbangga atas kejayaan anda.

(Pertandingan ini telah diadakan di SMK Padang Kala
pada 14/6/2011)

Wednesday, May 4, 2011

Pesta Sukantara SMKAM 2011

SMKAM 4 Mei 2011.Pesta Sukantara 2011 telah berlangsung di SMKAM bermula hari ini dengan penuh meriah.Keempat-empat rumah sukan berlumba-lumba memungut mata untuk memastikan kejayaan rumah sukan masing-masing.Pesta selama dua hari iaitu hari ini dan esok turut mempertandingkan 6 acara.Acaranya ialah larian 100 meter,merejam lembing,melontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh dan melempar cakera.Saksikan kemeriahan pesta sukantara ini melalui gambar-gambar berikut.Sila klik pada gambar untuk pembesaran.











Tuesday, May 3, 2011

SMKAM menjuarai Pesta Pantun QIT Ketereh 2011

SMKAM, 3 Mei 2011.Tahniah kepada pasukan pantun SMKAM kerana berjaya menewaskan pasukan pantun dari SMK Melor,seterusnya telah menjuarai pertandingan Pesta Pantun QIT Ketereh 2011.

Pasukan pantun SMKAM diwakili oleh dari kiri Faizudin,Ahmad Muaz,Mashanis,Zakiran dan Ahmad Shafiq.Manakal guru penasihatnya ialah Puan Aliza bt Awang.

Pesta Pantun QIT Ketereh

SMKA Melor,3 Mei 2011.Hari ini SMKA Melor telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Pesta Pantun sekolah-sekolah menengah PPD Kota Bharu,Peringkat QIT Ketereh.Pertandingan ini disertai oleh 6 buah sekolah QIT Ketereh.Diadakan di Dewan Al-Ghazali dan Bilik Wawasan bermula jam 8.30 pagi.Berikut adalah pasukan yang terlibat.

Pasukan SMK Pangkal Kalong


Pasukan SMK Melor

Pasukan SMK Long Gafar

Pasukan SMK Kampung Chengal

Pasukan SMK Ketereh

Pasukan SMK Agama Melor

Pertandingan di dewan Al-Ghazali

Antara barisan hakim yang terlibat

Pertandingan di Bilik Wawasan

Sunday, April 24, 2011

Rundingcara SPM 2011


Majlis Rundingcara Ibubapa,Pelajar dan Guru
SPM Tahun 2011

Tarikh: 19 April 2011
Masa:11 pagi
Tempat: Dewan Al Ghazali


Perasmian Oleh Tuan Pengetua,
Tn Hj Ahmad b Sulaiman

Tuesday, April 19, 2011

Monday, April 18, 2011

Cegah murid gemuk

Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan

SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, larangan itu diputuskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan.

Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti serta diabetes.

“Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-5 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Safurah Jaafar.

Liow berkata, pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran termasuk guru akan memantau penjualan makanan di kantin dan penjaja di luar sekolah.

Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau ketumbuhan anak-anak mereka.

“Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar,” katanya.

Mengenai jangkitan Adenovirus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak dan Port Dickson, Liow berkata, daripada 84 pelatih yang dijangkiti virus itu hanya 23 orang masih menerima rawatan.

“Daripada jumlah itu, lima dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL), termasuk seorang pelatih Pulapol yang disahkan mengalami gejala penyakit menyamai Influenza (ILI). Bagaimanapun keadaan mereka stabil,” katanya.

sumber:Berita Harian Online 18/4/2011

Sunday, April 17, 2011

Pertandingan Merekabentuk Kapal Angkasa Kebangsaan 2011:Tahniah SMKAM

TAHNIAH kepada pasukan SMK Agama Melor kerana tersenarai dalam sepuluh buah sekolah dari seluruh negara yang berjaya ke peringkat kedua dalam pertandingan merekebentuk Kapal Angkasa Kebangsaan 2011.

SMKA Melor turut terpilih daripada 66 penyertaan seluruh negara.Pemenang bagi pertandingan ini nanti akan berpeluang menyertai kem angkasa di Eropah.Semoga berjaya!

Monday, March 28, 2011

Analisis mata pelajaran SPM 2010 SMKAM

1.Bahasa Melayu
2009:120 calon:GPM 0.71 (A+ 61, A 38, A- 17)
2010:140 calon:GPM 0.49 (A+ 86, A 42, A- 11)

Wednesday, March 23, 2011

Pelajar Cemerlang SPM 2010 SMKAM

11 A
Dari kiri: Muhamad Aiman b Abd Kamal (8A+ 3A), Ilman b Ziat (9A+ 2A),
Muhammad Aiman b Arifin (8A+ 3A), Nabilah bt Nuairy (7A+ 2A 2A-),
Nur Fatihah bt Mahd Asri (6A+ 3A 2A-)

Tuesday, March 22, 2011

Majalah Taqwa 2010 Versi Digital


Berita Baik
kepada semua warga SMKAM,
juga Alumni SMKAM.


Anda boleh dapatkan
Majalah Taqwa Edisi 8 (2010)
dalam VERSI DIGITAL.



Sila klik di sini atau di sini



Sekian Terima Kasih.


p/s; Sekalung penghargaan terima kasih kepada Ruzaiman (5 IS 2010)

Memperkenalkan Majalah Taqwa 2010

Inilah rupa bentuk kulit luar
Majalah Taqwa 2010 iaitu edisi ke 8.
Kini sudah berada di "pasaran!"
(sila dapatkan di sekolah).

Pandangan sisi Majalah Taqwa 2010.

Sebahagian daripada muka surat yang terkandung dalam majalah ini.

Krew Majalah Taqwa 2010.
Tahniah atas kejayaan menerbitkan majalah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...