Tuesday, December 31, 2013

Hari pendaftaran tingkatan 1 2014


31 DISEMBER 2013:  Selamat datang kepada semua pelajar baru tingkatan satu ke SMKA Melor untuk sesi 2014. Datang dengan seribu harapan untuk meraih kecemerlangan dalam akademik, ko kurikulum mahupun sahsiah diri. Bagi sesi 2014,seramai 175 orang calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2013, berjaya menempatkan diri di SMKAM. Majlis perasmian pendaftaran tingkatan satu telah disempurnakan oleh Us Muhd Fadhli b Jusoh, Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan.

Monday, December 30, 2013

Header baru SMKAM


30 DISEMBER 2013: Sempena menyambut tahun baru 2014, saya mengambil kesempatan untuk menukar header blog SMKAM  kepada header baru seperti di atas. Wajah baru header blog sekolah ini diharapkan dapat memberi semangat baru kepada semua warga sekolah untuk lebih berjaya pada tahun 2014.

Pendaftaran bermula


30 DISEMBER 2013 : Hari ini telah berlangsung pendaftaran pelajar bagi tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Pendaftaran diadakan di kelas masing-masing bermula jam 8.30 pagi. Semua guru tingkatan dan pelajar terlibat dalam urusan pendaftaran ini. Bagi pelajar tingkatan 4, pagi ini juga mereka telah dimaklumkan kedudukan kelas masing-masing.

Sunday, December 29, 2013

Makluman Pendaftaran baru 2014

Gambar Hiasan

Makluman penting kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar  SMKAM berhubung dengan pendaftaran pelajar  bagi sesi persekolahan 2014. Pendaftaran pelajar terbahagi  kepada dua kumpulan iaitu pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2 hingga 5 sesi 2014 dan pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 sesi 2014.

Saturday, December 28, 2013

Mesyuarat pertama 2014


24 DISEMBER 2013: Satu mesyuarat guru bil 1/2014 telah diadakan di Bilik Wawasan SMKA Melor, bermula jam 8.30 pagi. Semua pentadbir dan guru SMKAM menghadiri mesyuarat penting ini sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun 2014, bagi memastikan SMKAM terus terbilang dari segi akademik, ko kurikulum dan sahsiah pelajar. Antara agenda mesyuarat yang mengambil masa 4 jam tersebut ialah berkaitan keputusan PMR 2013, Buku pengurusan, pendaftaran pelajar tingkatan satu, dan persediaan hari pertama persekolahan.


Lagi gambar.....

Kembali update blog

Gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam blog SMKA Melor, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Saya sebagai admin blog ini memohon berbanyak kemaafan daripada semua pembaca blog ini, kerana beberapa masalah teknikal menyebabkan update blog ini tergendala  sepanjang 2013.

In sha Allah, untuk sesi 2014 nanti saya akan berusaha untuk mengemaskini blog ini dengan entri terkini semua aktiviti yang berlaku di SMKA Melor. Sehubungan dengan itu, untuk sedikit masa ini mungkin terdapat sedikit pengubahsuaian blog ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih atas sokongan semua pihak yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus menulis di blog ini, sebagai wadah menyampaikan maklumat pihak sekolah kepada warga sekolah dan masyarakat luar secara lebih dekat.Terima kasih.

Sunday, November 10, 2013

Majlis Jasamu Dikenang Pn Muhaini & Pn Kamilia



Majlis Jasamu Dikenang - Pn Hjh Muhaini & Pn Hjh Kamilia
Tarikh : 10 November 2013
Tempat : Dewan Tingkatan 5, SMKAM

Saturday, August 24, 2013

Saturday, April 6, 2013

Hari Keluarga SMKAM 2013



Hari Keluarga SMKAM 2013
Tarikh : 5 - 6 April 2013
Tempat : Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Putih

Thursday, February 21, 2013

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2013



Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2013
Tarikh : 21 Februari 2013
Tempat : Dewan Al Ghazali, SMKAM
Perasmian : Tn Hj Che Ab Aziz b Hj Daud
Pegawai PPD Kota Bharu

Monday, February 4, 2013

Persaraan Pn Hjh Hasnah


Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Pn Hjh. Hasnah telah diadakan pada 30 Januari 2013 bertempat di dewan Al Ghazali.Majlis yang bermula jam 11.00 pagi ini diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti ucapan pelajar,guru dan pengetua.Tayangan multimedia,persembahan pelajar serta penyampaian cenderamata.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Majlis Maulidur Rasul peringkat SMKA Melor telah diadakan pada 28 Januari 2013.Majlis anjuran Panitia Bahasa Arab ini bermula seawal 7.30 pagi dengan perarakan yang bermula dari Dataran Ilmu menuju ke dewan Al Ghazali dengan melalui jalan sekitar sekolah.


Semua guru dan pelajar berpakaian baju Melayu dan baju kurung

Thursday, January 31, 2013

English Niche Area Programme


'Read & Succeed' and 'English Reading Corner in Classroom' programmes were officiated by the Principal of SMKAM on the 13th of January 2013. These programs aim to motivate learners to read and inculcate in them the reading habit, help students develop their language proficiency through teaching materials that can enrich and consolidate learning and also expose learners to material written in English. Among the programs which will be held throughout the year are 'NILAM' reading programme and 'Reading Corner Decoration Competition'. All classrooms were provided with some materials especially dictionaries for them to be put with other materials at their corners.


Kek PMR daripada PPD Kota Bharu


Tahniah kepada seluruh warga SMKAM,khasnya pelajar PMR 2012 atas kejayaan cemerlang PMR 2012.Mendapat GP 1.24 dengan 63 orang calon mendapat 9A,31 orang 8A dan 25 orang 7A.Pada 6 Januari 2013,rombongan Unit Akademik PPD Kota Bharu telah berkunjung ke SMKA Melor dengan membawa kek istimewa,sebagai simbolik ucapan tahniah atas kejayaan dalam PMR.Majlis penyerahan kek berlangsung semasa perhimpunan pagi di dewan Al Ghazali.

Ustaz Haris bertukar sekolah


6 Januari 2013: Selamat bertukar sekolah kepada ustaz Md Haris b Abd Mutalib.Beliau bertukar ke SABK Ittifakiah Telosan,Pasir Putih.Selamat bertugas di tempat baru.Semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa tercinta.

Sunday, January 27, 2013

Program Taaruf pelajar tingkatan 1


Program Taaruf Pelajar tingkatan 1 telah berlangsung pada 1 hingga 3 Januari 2013,di dewan Al Ghazali SMKAM. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit HEM ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat kurikulum,kokurikulum,disiplin,koperasi dan sebagainya.


Aktiviti sepanjang minggu taaruf ini berlangsung di dewan Al Ghazali dan kawasan sekolah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelajar baru tingkatan 1 tentang budaya sekolah SMKAM.


Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program Taaruf pelajar tingkatan 1,2013.

Pendaftaran Tingkatan 1 2013


Selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1,tahun 2013.Tahniah atas kejayaan anda ditempatkan di SMKA Melor,Sekolah Kluster Kecemerlangan.Seramai 180 orang pelajar yang sememangnya mendapat keputusan 5A UPSR ditawarkan ke SMKA Melor tahun ini.Majlis pendaftaran telah berlangsung pada 31.12 2012 dengan jayanya.

 
Majlis pendaftaran telah berlangsung di dewan Al Ghazali bermula
jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.


Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh wakil Ketua Sektor Pendidikan Islam,JPN Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...