Followers

Thursday, August 25, 2011

Majlis Khatam Al-Quran & Bingkisan Aidilfitri 2011


25 Oktober 2011,bertempat di dewan Al-Ghazali SMKAM telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Bingkisan Aidilfitri 2011.Antara objektifnya adalah untuk meningkatkan amalan dalam pembacaan Al-Quran dan menyuburkan rasa cinta kepada Al-Quran.


Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Shoutul Haq

Penyampaian zakat dan bingkisan Aidilfitri

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis penyampaian sumbangan kepada pekerja

Friday, July 1, 2011

Friday, June 24, 2011

Cemerlang SPM hanya dapat dermasiswa

KUALA LUMPUR 23 Jun – Mulai tahun depan, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya akan mendapat dermasiswa daripada kerajaan untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana dasar sedia ada yang memberi biasiswa kepada pelajar dengan hanya mengambil kira keputusan SPM mereka bukan lagi idea yang baik untuk diteruskan.

Menurut beliau, biasiswa hanya akan diberi kepada pelajar jika mereka mendapat tempat di universiti terkemuka yang akan disenarai oleh kerajaan kelak serta mencatat keputusan cemerlang secara konsisten.

“Hanya kerana anda memperoleh keputusan cemerlang di peringkat O Level tidak bermakna anda akan lulus cemerlang di peringkat A Level,” katanya ketika ke udara secara langsung dari konti Radio One FM di Sri Pentas hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, mulai tahun depan juga, polisi sedia ada dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang akan dikaji semula secara menyeluruh, namun beliau tidak menghuraikan mengenai perincian kajian semula itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini memberitahu, kajian semula itu turut membabitkan kuota.

Menurut Najib, buat masa ini kerajaan telah membuat ketetapan bahawa semua pelajar yang mendapat 8A+ layak menerima biasiswa JPA, tetapi tidak semua mereka akan dihantar ke universiti luar negara.

sumber:Utusan Online 24/6/2011

Wednesday, June 22, 2011

Mashanis Juara Pidato Diraja QIT Ketereh



Tahniah kepada

Mashanis Mohamed


kerana

menjadi JOHAN

Pertandingan Pidato Diraja

Peringkat QIT Ketereh

Warga SMKAM berbangga atas kejayaan anda.

(Pertandingan ini telah diadakan di SMK Padang Kala
pada 14/6/2011)

Thursday, May 19, 2011

Sekitar Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah 2011


















Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 16 Mei 2011.Bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara,majlis ini berlangsung dengan penuh meriah.sambutan pada tahun ini adalah anjuran PERTIMA,Kelab Guru dan kakitangan.Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ucapan, lafaz ikrar guru,koir guru,sukaneka,sajak guru dan murid,berbalas pantun,pentomin guru dan murid,penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.Majlis diakhiri dengan persembahan dikir barat oleh pelajar PERTIMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...