Thursday, February 26, 2015

Larian Merentas Desa 15


Kejohanan Larian Merentas Desa 2015
Tarikh : 26 Februari 2015 / Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Jalan Padang Raja-Jalan Kayu Rendang-Kg Padang Raja-SMKAM
Pencapaian : Johan-Hambali, Naib Johan-Maliki, Ketiga-Hanafi, Keempat-Shafei

Wednesday, February 25, 2015

Motivasi pelajar tingkatan 3,4 dan 5


24 FEBRUARI 2015 - Satu sesi motivasi untuk pelajar tingkatan 3, 4, dan 5 telah diadakan di dewan Al Ghazali, SMKAM. Motivasi ini dikendalikan oleh motivator terkenal iaitu Encik Mohd Najib b Badruddin, A.S.K, S.M.K, A.M.P, Motivator D'Raja Kelantan. Sesi motivasi anjuran unit kecemerlangan akademik dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling ini bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5 petang  berlangsung dengan penuh bersemangat. Para pelajar didedahkan dengan tips-tips peningkatan akademik ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan.

Monday, February 16, 2015

Penggambaran untuk Majalah Taqwa


Penggambaran Majalah Taqwa Siri 1/2015
Tarikh : 16 FEBRUARI 2015
Tempat : Sekitar SMKAM
Aktiviti : Penggambaran gambar kelas 

Sunday, February 15, 2015

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2015


15 FEBRUARI 2015 - Hari ini secara rasmi pemimpin pelajar SMKAM menerima watikah pelantikan masing-masing. Mereka terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber (PSS), pembimbing rakan sebaya (PRS), BADAR, Exco asrama, Ahli Lembaga Koperasi, Ketua dan penolong ketua tingkatan. Majlis perasmian pelantikan pemimpin pelajar 2015 ini disempurnakan oleh ASP Husin b Mohd Noor, manakala watikah pelantikan pula disampaikan oleh ASP Husin b Mohd Noor, Inspektor Khairul Izwan b Azman (IPK Kelantan) dan PK HEM SMKAM, En Mohd Zaidee b Che Mat.

Wednesday, February 11, 2015

Gahnya Khemah Kami


11 FEBRUARI 2015 - Perjumpaan kedua bagi badan beruniform telah diadakan bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Semua pelajar berkumpul di Dataran Ilmu untuk menanda kehadiran, sebelum bergerak ke unit masing-masing. Badan beruniform seperti Pengakap, KRS, Puteri Islam, PBSM dan Bomba melaksanakan aktiviti berpusat iaitu memasang dan mengemas khemah dengan tema Gahnya Khemah Kami.

Tujuan aktiviti ini ialah untuk memastikan semua ahli mahir dalam aspek peralatan untuk khemah, memasang khemah, dan akhirnya mengemas kembali khemah yang dipasang. Selain itu aktiviti ini dapat menggalakkan kerja berpasukan, dan semangat kerjasama antara ahli dalam unit masing-masing. Akhir sekali melatih pelajar berdisiplin dari sudut ketepatan waktu menyiapkan pemasangan khemah.

Galeri foto

Monday, February 9, 2015

Permuafakatan PT3 & SPM


8 FEBRUARI 2015 - Majlis Permuafakatan Ibu bapa Pelajar PT3 dan SPM 2015 telah diadakan di dewan Al Ghazali, SMKAM. Antara obketif utama, supaya calon PT3 dan SPM dapat membuat persediaan dari segi emosi dan rohani untuk menghadapi peperiksaan. 

Seterusnya memperoleh motivasi dan suntikan semangat supaya lebih berkeyakinan diri sebelum memulakan aktiviti kecemerlangan bagi tahun 2015. Akhirnya berikrar dan berjanji di hadapan ibu bapa masing-masing untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan nanti.

Bantuan Awal Persekolahan 2015


22 JANUARI 2015 - Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan RM100 telah diadakan di SMKAM. Majlis  bermula jam 2.00 petang. Pendaftaran ibu bapa telah diadakan di Kafetaria SMKAM, manakala penyerahan wang berlangsung di dewan Al Ghazali.

Penyampaian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Sunday, February 1, 2015

Program Guru Penyayang & Budaya 5S SMKAM


24 JANUARI 2015 - Pelancaran Program Guru Penyayang dan Budaya 5S SMKAM telah diadakan di dewan Al Ghazali, SMKAM. Antara objektifnya ialah menjiwai budaya penyayang sebagai amalan dalam kalangan guru. Menghayati budaya 5S iaitu senyum, salam, sayang, sopan, dan syukur dalam kalangan guru, murid dan semua warga sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...