Wednesday, January 29, 2014

Cuti Tahun Baru Cina

Makluman kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar SMKAM berhubung dengan hari persekolahan dan cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Pelaksanaan perkara tersebut bagi SMKA Melor adalah seperti petikan surat siaran berikut;


Sekian, Harap Maklum.


Monday, January 27, 2014

Program Zid Maklumatik


26 JANUARI 2014: Pelancaran program Zid Maklumatik telah berlangsung di dewan Al Ghazali, jam 7.30 pagi. Program anjuran Panitia Bahasa Arab ini meliputi bacaan teks ringkas setiap Isnin 7.30 hingga 7.35 pagi dan Kalimah Yaumiyyah setiap hari persekolahan.

Sunday, January 26, 2014

Sesi Dialog Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 4


23 JANUARI 2014: Satu sesi dialog  telah diadakan antara pihak pentadbiran dan PIBG SMKAM dengan ibu bapa pelajar cemerlang PMR 2013 yang mendapat 9A dalam peperiksaan tersebut. Sesi dialog untuk membincangkan kecemerlangan pelajar tingkatan 4 tahun 2014 ini telah berlangsung di dewan Al Ghazali SMKAM, jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Sunday, January 12, 2014

Program Guru Penyayang 2014


12 JANUARI 2014: Majlis pelancaran Program Guru Penyayang telah diadakan di dewan Al Ghazali, jam 7.30 pagi dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah. Pelancaran program telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKAM, Tn Hj Ahmad bin Sulaiman.

Thursday, January 9, 2014

Kepimpinan Tertinggi Pengawas 2014


Memperkenalkan barisan Kepimpinan Tertinggi Pengawas bagi sesi 2014. 

Ketua pengawas : Ammar Hazim bin Iskandar Zulkhairi (5 IS) (berdiri tengah)
Timbalan ketua pengawas : Wan Ahmad Sharifuddin bin Wan Shaffee (5 IR)
Penolong ketua pengawas : Wan Nur Fatin Anisa bt Wan Nashruddin.(5 IS)

Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Monday, January 6, 2014

Perasmian bulan Maulidur Rasul

5 JANUARI 2014: Majlis perasmian sambutan bulan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berlangsung di dewan Al Ghazali semasa perhimpunan rasmi sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mudir, Tn Hj Ahmad bin Sulaiman.

Sunday, January 5, 2014

Tali leher baru


Bermula sesi persekolahan 2014, semua pelajar lelaki SMKAM dikehendaki memakai tali leher baru bagi menggantikan tali leher lama yang telah digunakan lebih 20 tahun lalu. Tali leher baru ini akan diguna pakai untuk semua pelajar termasuk pengawas,PSS,PRS dan ketua tingkatan. 

Thursday, January 2, 2014

Orientasi tingkatan 1 & 4


2 JANUARI 2014: Bermula 1 hingga 2 Januari 2014, berlangsung orientasi bagi pelajar tingkatan satu dan empat. Program orientasi sepanjang waktu persekolahan itu berlangsung di dua tempat berasingan iaitu tingkatan satu bertempat di dewan Al Ghazali, manakala orientasi tingkatan empat bertempat di musalla sekolah. 

Wednesday, January 1, 2014

Hari pertama persekolahan 2014


1 JANUARI 2014:  Selamat tahun baru 2014. Hari ini hari pertama persekolahan bagi sesi 2014. Semua melangkah ke sekolah dengan penuh bersemangat. Aktiviti pertama pagi ini ialah perhimpunan rasmi sekolah bertempat di dewan Al-Ghazali, bermula jam 7.30 pagi hingga 8.15 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...