Tuesday, December 31, 2013

Hari pendaftaran tingkatan 1 2014


31 DISEMBER 2013:  Selamat datang kepada semua pelajar baru tingkatan satu ke SMKA Melor untuk sesi 2014. Datang dengan seribu harapan untuk meraih kecemerlangan dalam akademik, ko kurikulum mahupun sahsiah diri. Bagi sesi 2014,seramai 175 orang calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2013, berjaya menempatkan diri di SMKAM. Majlis perasmian pendaftaran tingkatan satu telah disempurnakan oleh Us Muhd Fadhli b Jusoh, Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan.

Monday, December 30, 2013

Header baru SMKAM


30 DISEMBER 2013: Sempena menyambut tahun baru 2014, saya mengambil kesempatan untuk menukar header blog SMKAM  kepada header baru seperti di atas. Wajah baru header blog sekolah ini diharapkan dapat memberi semangat baru kepada semua warga sekolah untuk lebih berjaya pada tahun 2014.

Pendaftaran bermula


30 DISEMBER 2013 : Hari ini telah berlangsung pendaftaran pelajar bagi tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Pendaftaran diadakan di kelas masing-masing bermula jam 8.30 pagi. Semua guru tingkatan dan pelajar terlibat dalam urusan pendaftaran ini. Bagi pelajar tingkatan 4, pagi ini juga mereka telah dimaklumkan kedudukan kelas masing-masing.

Sunday, December 29, 2013

Makluman Pendaftaran baru 2014

Gambar Hiasan

Makluman penting kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar  SMKAM berhubung dengan pendaftaran pelajar  bagi sesi persekolahan 2014. Pendaftaran pelajar terbahagi  kepada dua kumpulan iaitu pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2 hingga 5 sesi 2014 dan pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 sesi 2014.

Saturday, December 28, 2013

Mesyuarat pertama 2014


24 DISEMBER 2013: Satu mesyuarat guru bil 1/2014 telah diadakan di Bilik Wawasan SMKA Melor, bermula jam 8.30 pagi. Semua pentadbir dan guru SMKAM menghadiri mesyuarat penting ini sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun 2014, bagi memastikan SMKAM terus terbilang dari segi akademik, ko kurikulum dan sahsiah pelajar. Antara agenda mesyuarat yang mengambil masa 4 jam tersebut ialah berkaitan keputusan PMR 2013, Buku pengurusan, pendaftaran pelajar tingkatan satu, dan persediaan hari pertama persekolahan.


Lagi gambar.....

Kembali update blog

Gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam blog SMKA Melor, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Saya sebagai admin blog ini memohon berbanyak kemaafan daripada semua pembaca blog ini, kerana beberapa masalah teknikal menyebabkan update blog ini tergendala  sepanjang 2013.

In sha Allah, untuk sesi 2014 nanti saya akan berusaha untuk mengemaskini blog ini dengan entri terkini semua aktiviti yang berlaku di SMKA Melor. Sehubungan dengan itu, untuk sedikit masa ini mungkin terdapat sedikit pengubahsuaian blog ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih atas sokongan semua pihak yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus menulis di blog ini, sebagai wadah menyampaikan maklumat pihak sekolah kepada warga sekolah dan masyarakat luar secara lebih dekat.Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...