Monday, February 9, 2015

Permuafakatan PT3 & SPM


8 FEBRUARI 2015 - Majlis Permuafakatan Ibu bapa Pelajar PT3 dan SPM 2015 telah diadakan di dewan Al Ghazali, SMKAM. Antara obketif utama, supaya calon PT3 dan SPM dapat membuat persediaan dari segi emosi dan rohani untuk menghadapi peperiksaan. 

Seterusnya memperoleh motivasi dan suntikan semangat supaya lebih berkeyakinan diri sebelum memulakan aktiviti kecemerlangan bagi tahun 2015. Akhirnya berikrar dan berjanji di hadapan ibu bapa masing-masing untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan nanti.




Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan solat hajat 
dengan diimamkan oleh ustaz Ahmed bin  Sa'arani.



Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh
Tuan Pengetua, Puan Hjh Wan Mahiran bt Salleh.
Sebelum itu, pembentangan program kecemerlangan PT3 dan SPM
sepanjang tahun oleh Tuan PKP.



Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar akurjanji
oleh semua pelajar calon PT3 dan SPM 2015.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...