Saturday, December 28, 2013

Mesyuarat pertama 2014


24 DISEMBER 2013: Satu mesyuarat guru bil 1/2014 telah diadakan di Bilik Wawasan SMKA Melor, bermula jam 8.30 pagi. Semua pentadbir dan guru SMKAM menghadiri mesyuarat penting ini sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun 2014, bagi memastikan SMKAM terus terbilang dari segi akademik, ko kurikulum dan sahsiah pelajar. Antara agenda mesyuarat yang mengambil masa 4 jam tersebut ialah berkaitan keputusan PMR 2013, Buku pengurusan, pendaftaran pelajar tingkatan satu, dan persediaan hari pertama persekolahan.


Lagi gambar.....



Guru-guru sedang meneliti tugasan untuk 2014



Selain mendapat jadual P&P bagi tahun 2014, guru-guru juga dibekalkan dengan Buku Pengurusan 2014 yang memperincikan setiap tugasan dan tanggungjawab sepanjang 2014 nanti. Selamat bertugas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...