Tuesday, December 31, 2013

Hari pendaftaran tingkatan 1 2014


31 DISEMBER 2013:  Selamat datang kepada semua pelajar baru tingkatan satu ke SMKA Melor untuk sesi 2014. Datang dengan seribu harapan untuk meraih kecemerlangan dalam akademik, ko kurikulum mahupun sahsiah diri. Bagi sesi 2014,seramai 175 orang calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2013, berjaya menempatkan diri di SMKAM. Majlis perasmian pendaftaran tingkatan satu telah disempurnakan oleh Us Muhd Fadhli b Jusoh, Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan.


Majlis yang bermula jam 9.00 pagi hari ini telah berjalan dengan lancar. Selain membuat pendaftaran, pelajar baru ini juga telah dibekalkan buku teks, pembelian peralatan, buku-buku latihan, baju asrama dan sebagainya di koperasi sekolah. Berikut adalah galeri gambar sepanjang majlis hari ini.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...