Monday, December 30, 2013

Pendaftaran bermula


30 DISEMBER 2013 : Hari ini telah berlangsung pendaftaran pelajar bagi tingkatan 2, 3, 4 dan 5. Pendaftaran diadakan di kelas masing-masing bermula jam 8.30 pagi. Semua guru tingkatan dan pelajar terlibat dalam urusan pendaftaran ini. Bagi pelajar tingkatan 4, pagi ini juga mereka telah dimaklumkan kedudukan kelas masing-masing.


Selain pendaftaran di kelas, pelajar juga bersama-sama menceriakan kelas untuk pembelajaran pada 1 Januari nanti. Pelantikan jawatankuasa kelas juga dilakukan selain semua urusan buku teks kepada pelajar turut diselesaikan pada hari ini. Justeru, pada 1 Januari 2014 nanti, sesi P&P akan berlangsung dengan lancar. Selamat menempuh tahun baru 2014 dengan semangat dan azam baru.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...