Monday, December 30, 2013

Header baru SMKAM


30 DISEMBER 2013: Sempena menyambut tahun baru 2014, saya mengambil kesempatan untuk menukar header blog SMKAM  kepada header baru seperti di atas. Wajah baru header blog sekolah ini diharapkan dapat memberi semangat baru kepada semua warga sekolah untuk lebih berjaya pada tahun 2014.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada saudara Aqif Ronzi yang telah menghasilkan header baru ini. Aqif merupakan pelajar SMKAM, SPM 2013 dari tingkatan 5IK.Sememangnya pelajar kita memang berbakat dalam pelbagai bidang.Semoga bakat ini akan terus dikembangkan untuk kepentingan semua.

Selamat tinggal 2013 dengan pelbagai kenangan pahit dan manis, dan selamat datang 2014 dengan seribu pengharapan. Marilah sama-sama kita berdoa agar 2014 memberikan sesuatu yang gemilang buat kita semua sama ada dalam bidang akademik, ko kurikulum mahupun sahsiah diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...