Sunday, July 11, 2010

Pelancaran Program SUMUR

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) 2010 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetua SMKAM, Tn Hj Ramli bin Awang pada 11 Julai 2010 (Ahad), bertempat di Dataran Ilmu jam 7.40 pagi.

Pn Hjh Naizan(GK PAI) selaku penyelaras program sedang memberikan taklimat program SUMUR kepada semua warga SMKAM

Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang Julai hingga Oktober 2010 bagi 2 program induk iaitu Mutadayyin (Solat,wirid,doa) dan Penampilan diri (pemakaian,adab sopan,kepimpinan).

Salah satu aktiviti di bawah program Penampilan diri ialah Pentas Generasi Unggul

Aktiviti Pentas Generasi Unggul telahpun dilaksanakan pada 5 dan 7 Julai 2010 dengan jayanya.Para peserta dari tingkatan 1 hingga 5 menunjukkan bakat masing-masing dalam pengucapan awam tersebut.

Pertandingan yang bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang ini untuk memilih pemenang bagi setiap tingkatan.Apa yang lebih penting,aktiviti sebegini diharapkan dapat melatih pelajar berkomunikasi dengan lebih baik dengan semua orang di samping memupuk keyakinan diri yang tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...