Tuesday, July 13, 2010

Kem Penghayatan Solat

Bertemakan Solat Tiang Agama,Jabatan Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR,pengurusan asrama dan unit Disiplin SMKAM telah menganjurkan Kem Penghayatan Solat 2010.

Kem yang berlangsung selama 2 hari ini(9 dan 10 Julai 2010) bertempat di dewan AlGhazali dan Musalla SMKAM.Antara objektifnya adalah untuk membantu pelajar memahami cara menunaikan solat yang betul dan sempurna.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah disiplin,slot srikandi,ceramah Kesempurnaan solat,praktikal solat,Qiamullail,ceramah solat berjemaah(Masbuk dan Muafiq),ceramah dan praktikal tentang wuduk

Penceramah terlibat ialah Hj Zawawi b Ghazali, Ust safuan b Mohd Yusof, Hjh Faridah Yusof, Ust Ahmed b Saarani dan Ust Zainuddin b Musa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...