Saturday, July 24, 2010

Hari Bertemu Pelanggan

20 Julai 2010, Hari Bertemu Pelanggan di SMKAM.

Majlis yang bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang ini mengumpulkan semua calon PMR dan SPM 2010 bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Khusyuk mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua.

Tuan Pengetua sedang menjawab soalan daripada ibu bapa pelajar.

Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk bertemu guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.

Peluang sebegini diambil untuk membincangkan prestasi semasa anak-anak dalam pelajaran.

Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar,ibu bapa dan guru-guru ke arah pencapaian gemilang dalam PMR dan SPM 2010.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...