Sunday, January 12, 2014

Program Guru Penyayang 2014


12 JANUARI 2014: Majlis pelancaran Program Guru Penyayang telah diadakan di dewan Al Ghazali, jam 7.30 pagi dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah. Pelancaran program telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKAM, Tn Hj Ahmad bin Sulaiman.


Antara objektif Program Guru Penyayang ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya dalam kalangan guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa dan masyarakat kepada sekolah.


Antara aktiviti yang dirancang sepanjang Program Guru Penyayang ialah Program guru sambut pelajar, Program hargai pelajar, Program Mentor Mentee dan Amalan penyayang dalam kalangan warga SMKAM.


En Wan Azmi b Sulaiman,Guru Bimbingan Kaunseling 
sedang memberikan taklimat sekolah penyayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...