Monday, January 6, 2014

Perasmian bulan Maulidur Rasul

5 JANUARI 2014: Majlis perasmian sambutan bulan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berlangsung di dewan Al Ghazali semasa perhimpunan rasmi sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mudir, Tn Hj Ahmad bin Sulaiman.
Antara objektif sambutan ialah untuk memantapkam keyakinan terhadap Rasulullah SAW dan menghayati sunnah nabi Muhammad SAW.

Antara pengisian bulan Maulidur Rasul ialah bacaan selawat setiap hari semasa perhimpunan pagi, tazkirah pagi, perarakan, ceramah Maulidur Rasul, kuiz, pertandingan bercerita kisah Rasul, pertandingan sepanduk dan pertandingan menulis esei. Sambutan bulan Maulidur rasul tahun ini adalah anjuran Panitia Bahas Arab.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...