Monday, June 28, 2010

LL4G:Save GAZA

Bermatlamatkan untuk melahirkan warga SMKAM yang prihatin terhadap misi kemanusiaan Palestin, BADAR,Panitia Sivik dan Kenegaraan
serta Jabatan Pendidikan Islam
SMKAM telah menganjurkan Program LifeLine for GAZA (LL4G).

Program yang bermula pada 24 Jun hingga 27 Jun 2010 ini dimulakan dengan
Jualan Amal
untuk tabung Palestin.Membeli sambil menderma.

Pelbagai atur cara telah disusun sepanjang program ini, antaranya persembahan nasyid,pentomin,Qiamullail,zikir al-Mathurat,solat hajat perdana,khidmat masyarakat,pertandingan melukis poster dan ceramah Palestin.

Persembahan nasyid SOHAR dan Pentomin Palestin diadakan pada sebelah malamnya di dewan Al Ghazali.Begitu bersemangat pelajar yang terlibat membuat persembahan.

Bersama mewujudkan ukhwah sesama saudara Islam di samping memberi
kesedaran tentang penderitaan rakyat Palestin


Ceramah Palestin disampaikan oleh Dr Syed Muhamad Haleem b Syed Hassan (NGO HALUAN MALAYSIA),salah seorang peserta Konvoi Lifeline 4 Gaza.Warga SMKAM bertuah kerana berpeluang mendengar pengalaman beliau sepanjang mengikuti konvoi tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...