Monday, February 3, 2014

Majlis Persaraan Hjh Rakiah Daud


29 JANUARI 2014: Majlis Jasamu Dikenang, khas buat Pn Hjh Rakiah bt Daud sempena persaraan beliau. Majlis yang berlangsung di dewan Al Ghazali ini diserikan dengan pelbagai atur cara untuk meraikan Pn Hjh Rakiah yang telah berkhidmat di SMKAM sejak tahun 1997.






Antara pengisian atur cara sepanjang majlis ini ialah bacaan Al Quran, ucapan wakil pelajar dan guru, ucapan pengetua, persembahan pelajar, pengkisahan yang diraikan, tayangan multimedia, ucapan yang dirai, penyampaian cenderamata kenangan dan diakhiri dengan bersalam-salaman dengan semua warga sekolah.




Majlis berakhir pada jam 2.30 petang dengan perarakan rombongan guru dan staf SMKAM menghantar  Pn Hjh Rakiah ke rumah beliau di Kedai Menanti, Pasir Putih. Selamat bersara Pn Hjh Rakiah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...