Monday, August 30, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

SMKAM 30 Ogos 2010:Majlis Khatam Al-Quran dan Bingkisan 'Idilfitri 2010 telah berlangsung di dewan Al-Ghazali.Majlis yang bermula jam 11 pagi ini antara objektifnya ialah untuk meningkatkan amalan dalam pembacaan Al-Quran dan menyuburkan rasa cinta kepada Al-Quran.

Selain menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T,majlis ini juga bertujuan untuk mewujudkan ukhwah antara warga SMKAM.

Majlis ini melibatkan semua guru dan pelajar SMKAM

Pelajar sedang tekun membaca surah-surah yang telah ditetapkan mengikut tingkatan.

Amalan ini diharapkan dapat mendekatkan pelajar,seluruh warga sekolah kepada Allah

Semua guru dan pelajar mengambil bahagian dalam majlis khatam Al-Quran

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian zakat dan bingkisan 'idilfitri kepada pelajar

Terima kasih kepada semua penyumbang zakat dan bingkisan 'Idilfitri

Tuan pengetua sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.Majlis diakhiri dengan solat Zohor berjemaah pada jam 1.30 petang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...