Thursday, October 8, 2009

Sejarah SMKAM

Ditubuhkan pada 4 Mac 1990 atas nama Sekolah Menengah Melor 2. Mendapat peruntukan pembinaan dari Projek Bank Dunia sebagai tambahan kepada sekolah asal Sekolah Menengah Melor. Lokasinya terletak di Kampung Padang

Raja, 1 kilometer dari Pekan Melor dan 4.5 kilometer dari pekan Ketereh. Keluasan tapak seluas 15 ekar ( 6 hektar).

Menawarkan satu matapelajaran Bahasa Arab sejak awal penubuhannya. Diikuti selepas beberapa bulan beropersi mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Padang Raja, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan 14 orang tenaga pengajar dan 5 orang staf sokongan. Pengambilan pelajar kumpulan pertama dari sekolah-sekolah sekitar tanpa mengambil kira pencapaian UPSR mereka. Kumpulan pertama ini ialah seramai 150 orang dengan bilangan kelasnya sebanyak 5 kelas. Tahun 1997 bilangan pelajar ialah seramai 446 orang dengan bilangan kelasnya sebanyak 15 kelas. Sehingga kini bilangan pelajar ialah seramai 665 orang dan bilangan kelas sebanyak 21 kelas Mulai tahun 2003, dua blok asrama telah siap untuk digunakan dengan pengambilan penghuni seramai 300 orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...