Wednesday, December 30, 2009

Pendaftaran Pelajar 2010

Majlis Pendaftaran Pelajar 2010

Tarikh : 2 Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Pelajar : Tingkatan 1 - 5
Tempat : Dewan Al- Ghazali (bagi pelajar ting. 1)
Kelas masing-masing (bagi pelajar ting. 2 - 5)

Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat guru kali pertama 2010

Tarikh: 27 Disember 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Bilik Wawasan SMKA Melor

Thursday, December 24, 2009

PMR 2009.Tahniah SMKAM

Debaran menunggu keputusan diumumkan

Tahniah...

Kegembiraan dikongsi bersama

Kami banggga atas kejayaan anda

Wajah-wajah ceria...9A PMR 2009

SMKA Melor 24 Disember 2009.Debaran dan persoalan telah terjawab.Hari ini sekali lagi warga SMKA Melor (SMKAM) berbangga dengan keputusan cemerlang PMR 2009.Seramai 37 orang pelajar SMKAM telah berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut daripada sejumlah 142 orang calon.Manakala calon yang mendapat 8A adalah 36 orang dan 7A seramai 16 orang.

Peratus kelulusan 95.77 % dan GPS 1.35 telah meletakkan SMKA Melor pada kedudukan ke 6 dalam PPD Kota Bharu.Kegembiraan calon-calon turut dikongsi bersama ibu bapa dan guru-guru yang telah hadir ke sekolah pada pagi ini.Majlis penyampaian slip kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 9A telah disempurnakan oleh tuan pengetua,Tn. Hj Ramli b Awang di dewan Al-Ghazali,SMKAM.

Syabas dan tahniah! semoga PMR 2010 akan mencipta kegemilangan yang berganda demi mengharumkan lagi nama SMKA Melor.

Tuesday, December 22, 2009

Lunch:Redaksi Taqwa 2009






Satu majlis makan tengahari untuk meraikan semua guru penasihat dan AJK majalah Taqwa 2009 telah diadakan di New Horizon,Kota Bharu pada 22 Disember 2009.Majlis yang diadakan pada jam 1 petang ini bertujuan untuk menghargai usaha sidang redaksi Taqwa 2009 atas segala usaha mereka bertungkus-lumus menyiapkan majalah Taqwa 2009.Terima kasih atas usaha anda semua.Buat warga SMKAM, nantikan kemunculan majalah Taqwa 2009.

Sunday, December 20, 2009

Permohonan Ke IPTA Secara Talian Sepenuhnya Mulai Sessi Akademik 2010/2011

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Feb 2010 mulai pukul 12 tengahari sehingga 30 Mac 2010.

Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan.

"Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara mulai 1 Feb 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.

"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau emel ke www.upu.mohe.gov.my.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan para pemohon lepasan SPM 2009 supaya mengemukakan permohonan pada fasa satu bagi meningkatkan kelancaran sekaligus dapat mengurangkan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka pada fasa dua nanti.

-- BERNAMA

Thursday, December 17, 2009

PERTIMA 09: Annual Lunch

Annual Lunch
Venue:Raudhah Hotel,Kota Bharu
Date:17 December 2009
Time:12.00 pm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...