Saturday, August 7, 2010

Gotong -royong amalan mulia

SMKA Melor:7 Ogos 2010 (Sabtu).Satu gotong-royong perdana telah diadakan di SMKAM. Gotong royong yang melibatkan semua pelajar,kecuali tingkatan lima ini bermula jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Selain untuk mewujudkan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah,aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama pelajar dan warga guru SMKAM.Diharapkan gotong-royong sebegini dapat meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.

Aktiviti gotong-royong kali ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan,
mengikut rumah sukan masing-masing.

Walaupun penat, jelas terpancar kegembiraan pada wajah para pelajar yang terlibat

Berehat sambil bergambar setelah penat bergotong-royong...

Guru-guru pun melepaskan penat masing-masing dengan berehat seketika

Jom minum dulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...