Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof.Dr. Abu Bakar Salleh (dua dari
kanan) menyampai hadiah kepada guru dari (SMK) Agama Melor sambil diiringi Dekan
Fakulti Perhutanan, Dr.Awang Nor Abd.Ghani(kanan).

Disediakan oleh Seksyen Media dan Publisiti, Bahagian Komunikasi Korporat UPM.
PUCHONG, 5 Jun - Seramai 48 pelajar tingkatan empat seluruh negara menamatkan Kem
Pendidikan Alam Semula Jadi (Kempas) 2009 di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, di
sini baru- baru ini.
Majlis penutup program anjuran Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM)
menerusi tajaan ExxonMobil Exploration and Production Malaysia dengan kerjasama Berita
Harian serta Kementerian Pelajaran itu menyaksikan peserta dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Agama Melor, Kota Bharu muncul kumpulan terbaik.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 1,000, Sijil Simpanan Pendidikan Nasional
(SSPN) RM 250 setiap seorang, sijil penyertaan dan hadiah iringan yang disampaikan
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Abu Bakar Salleh.
Majlis dihadiri oleh Pengurus Hal Ehwal Awam Subsidiari Exxonmobil Malaysia, Farid Jaafar
dan Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Madya Dr Awang Noor Abd Ghani serta Penolong
Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Raja Azlan Raja Sulaiman.
Tempat kedua dimenangi SM Sains Selangor yang memperolehi wang tunai RM800 dan
SSPN RM200 setiap seorang, manakala tempat ketiga SMK Putrajaya, Presint 9 (1) dengan
membawa pulang RM600 serta SSPM150 setiap seorang.
Peserta yang mewakili setiap negeri disertai tiga individu dengan seorang guru pengiring
sebagai pelengkap program enam hari bermula 1 Jun lalu.
Kempas bermula dengan kuiz sains semula jadi sekolah menengah sejak 32 tahun lalu telah
mendapat sambutan menggalakkan dan kemudian dibuat melalui aktiviti luar bilik darjah
menerusi aktiviti perkhemahan.
Prof. Dr. Abu Bakar berkata pada peringkat awal pertandingan seramai 3,811 peserta dari
seluruh negara mengambil bahagian dengan saringan awal program diadakan dalam bentuk
ujian bertulis yang bertujuan memilih pasukan layak menyertai peringkat kebangsaan.

1 comment:
alhamdulillah..
thniah kpd adk2 n guru pmbmbg..
=)
Post a Comment