Sunday, July 11, 2010

Pelancaran Program SUMUR

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) 2010 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetua SMKAM, Tn Hj Ramli bin Awang pada 11 Julai 2010 (Ahad), bertempat di Dataran Ilmu jam 7.40 pagi.

Pn Hjh Naizan(GK PAI) selaku penyelaras program sedang memberikan taklimat program SUMUR kepada semua warga SMKAM

Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang Julai hingga Oktober 2010 bagi 2 program induk iaitu Mutadayyin (Solat,wirid,doa) dan Penampilan diri (pemakaian,adab sopan,kepimpinan).

Salah satu aktiviti di bawah program Penampilan diri ialah Pentas Generasi Unggul

Aktiviti Pentas Generasi Unggul telahpun dilaksanakan pada 5 dan 7 Julai 2010 dengan jayanya.Para peserta dari tingkatan 1 hingga 5 menunjukkan bakat masing-masing dalam pengucapan awam tersebut.

Pertandingan yang bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang ini untuk memilih pemenang bagi setiap tingkatan.Apa yang lebih penting,aktiviti sebegini diharapkan dapat melatih pelajar berkomunikasi dengan lebih baik dengan semua orang di samping memupuk keyakinan diri yang tinggi.

Pelancaran Mentor Mentee PMR & SPM

Satu majlis penyerahan mentor mentee PMR dan SPM telah diadakan pada 4 Julai 2010. Majlis ini dirasmikan oleh PKP di Dataran Ilmu,SMKAM.Antara objektif program ini adalah untuk mewujudkan hubungan harmonis dan mesra dalam kalangan guru dan pelajar.

Penyerahan mentor mentee kepada guru-guru PMR

Juga kepada guru-guru SPM

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar SPM yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun 2010

Satu perjumpaan pertama antara mentor mentee diadakan di kafetaria SMKAM

Tuesday, July 6, 2010

Selamat Berpisah....SMKAM

Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah

Penghargaan buat guru-guru pelatih di SMKAM

Minggu ini adalah minggu terakhir bagi guru-guru praktikal di SMKA Melor,setelah 10 minggu menjalani latihan mengajar di sini.. Wakil guru praktikal membuat ucapan dalam perhimpunan pagi,Ahad (4 Julai 2010)

Inilah barisan guru-guru praktikal yang tamat menjalani latihan mengajar di SMKA Melor

Wakil guru praktikal dari UUM menyampaikan cenderahati kepada pihak sekolah

Pihak sekolah juga menerima cenderahati daripada wakil guru praktikal UM

Terima Kasih dan tahniah....warga SMKAM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua guru praktikal.Jika berpeluang,datanglah lagi ke SMKA Melor.

Teknik Menjawab BM SPM

3 Julai 2010 (Sabtu) Satu ceramah teknik menjawab subjek Bahasa Melayu SPM telah diadakan di dewan Al Ghazali. Ceramah yang bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi itu disampaikan oleh En. Sazali b Ibrahim,PKP SMK Laloh.

Pelajar juga tekun menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh panitia BM

Semoga ceramah dan bengkel tersebut memberi manfaat kepada semua calon SPM 2010

Hari Koperasi Sekolah

Koperasi SMKA Melor bhd. telah mengadakan Hari Koperasi Sekolah pada 30 Jun hingga 3 Julai 2010. Pelbagai acara menarik telah diadakan.

Gerai Jualan.Para guru,staf dan pelajar membeli-belah

Kuiz koperasi diadakan di dewan Al Ghazali

Pelajar menjawab soalan kuiz yang dikemukakan

Hadiah menarik disediakan oleh koperasi bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz

Bacaan perutusan sempena Hari Koperasi Sekolah

Pelajar menyanyikan lagu Koperasi Sekolah

Penanaman pokok oleh PKP sebagai simbolik perasmian hari koperasi sekolah

Sebahagian guru pada hari perasmian, dengan pakaian batik sekolah yang baru

Monday, July 5, 2010

Jamuan Penghargaan 9A PMR

29 Jun 2010,Satu jamuan telah diadakan oleh pelajar 4IS, iaitu pelajar yang memperolehi 9A dalam PMR 2009 sebagai tanda penghargaan mereka kepada semua warga
pendidik dan staf SMKAM


Sedap....inilah antara menu yang disediakan

Dari kiri:PKP,En Ghazali,Tn. Pengetua dan En Ismail sedang menikmati jamuan

Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

En. Ghazali,En. Zulhimi dan pelajar lelaki 4IS

Terima Kasih Cikgu! daripada semua pelajar 4IS 2010

Penyampaian hadiah Program NILAM

Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 27 Jun 2010 untuk mengiktiraf para pelajar yang berjaya menghabiskan bacaan sejumlah buku bagi program Nilam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...