cikgu Shamsudin dan Ustaz Zainudin.
Terima kasih kepada penaja majlis ini.
Terima kasih kepada penaja majlis ini.
15 Julai 2010.Pusat Kesihatan Ketereh dengan kerjasama unit kesihatan sekolah SMKA Melor telah mengadakan taklimat Program Pelalian Human Papilloma Virus (HPV).Taklimat yang bermula jam 2.00 hingga 3.00 petang di dewan AlGhazali ini khususnya kepada ibu bapa/penjaga dan pelajar perempuan tingkatan 1.
Bertemakan Solat Tiang Agama,Jabatan Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR,pengurusan asrama dan unit Disiplin SMKAM telah menganjurkan Kem Penghayatan Solat 2010.
Kem yang berlangsung selama 2 hari ini(9 dan 10 Julai 2010) bertempat di dewan AlGhazali dan Musalla SMKAM.Antara objektifnya adalah untuk membantu pelajar memahami cara menunaikan solat yang betul dan sempurna.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah disiplin,slot srikandi,ceramah Kesempurnaan solat,praktikal solat,Qiamullail,ceramah solat berjemaah(Masbuk dan Muafiq),ceramah dan praktikal tentang wuduk
Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) 2010 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetua SMKAM, Tn Hj Ramli bin Awang pada 11 Julai 2010 (Ahad), bertempat di Dataran Ilmu jam 7.40 pagi.
Pn Hjh Naizan(GK PAI) selaku penyelaras program sedang memberikan taklimat program SUMUR kepada semua warga SMKAM
Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang Julai hingga Oktober 2010 bagi 2 program induk iaitu Mutadayyin (Solat,wirid,doa) dan Penampilan diri (pemakaian,adab sopan,kepimpinan).
Aktiviti Pentas Generasi Unggul telahpun dilaksanakan pada 5 dan 7 Julai 2010 dengan jayanya.Para peserta dari tingkatan 1 hingga 5 menunjukkan bakat masing-masing dalam pengucapan awam tersebut.